Petua Kurus Badan
Kenapa ramai orang gagal dalam usaha untuk menurunkan berat badan? Dan ramai juga menganggap hanya dengan menelan pil & ramuan tertentu dapat membantu menjadi kurus.
Kajian menunjukkan 90% orang gagal dalam usaha mereka untuk kurus kerana gagal menemui punca kepada masalah mereka
Jangan terperanjat dengan fakta tersebut.
Teringatkah kita bagaimana cukup mudah bagi kita untuk menurunkan berat badan ketika kita masih muda? Dan ketahuilah, kajian juga mendapati wanita lebih susah untuk menguruskan badan berbanding lelaki.
Secara amnya setelah umur meningkat semakin susah untuk seseorang itu menurunkan berat badan kerana tahap metabolisma telah menurun.
Selain daripada faktor umur, cara hidup atau “lifestyles” juga mencorak bentuk badan seseorang itu. Mana tidaknya, makanan segeralah, air bergaslah, roti canailah, ayam injectionlah, menjadi antara hidangan kehidupan pada hari ini.
Petua Kurus Badan akan berkongsi cara bagaimana anda boleh menjadi kurus, khasnya wanita walaupun banyak cabaran yang mendatang, sebenarnya masalah tersebut masih boleh di atasi.
Ada 5 bahagian kerja yang boleh diperbaiki sekiranya kita ingin kurus secara semulajadi (natural).
1. Makan
2. Minum
3. Senaman
4. Rehat
5. Solat
Petua Makan
Waktu makan:
Petua pertama adalah makan pada waktu yang sama selalu. Sekiranya sarapan anda adalah pada pukul 8.00 pagi, jadi biasakan makan pada waktu yang sama. Begitu juga waktu yang lain-lainnya.
Bagi makan malam pula, seelok-eloknya makanlah selewat-lewatnya waktu maghrib. Ini penting, kerana penghadaman mengambil masa 4 jam untuk selesai dilaksanakan betul-betul sebelum waktu tidur.
Kadar makanan
Pernah dengar pepatah – kesihatan kita adalah “apa yang kita makan”? Ini membayangkan penyakit berlaku apabila kita makan makanan yang tidak berzat – beracun, terbiar lama, makanan yang diproses tidak mengikut tatacara proses yang betul.
Apapun makanlah dengan tertib, tidak tergopoh-gapah dan makanan dikunyah lumat baru ditelan.
Tujuan makan adalah untuk mendapatkan tenaga dan nutrien untuk tubuh badan. Bagaimanapun, makan hanya sekadar kenyang dan bukan mengenyangkan, melainkan anda kerap bersukan jadi sumber kabohidrat seperti nasi memang sangat diperlukan dengan kadar yang lebih banyak.
Kadar makanan yang berlebihan akan membuat anda berasa mengantok, menunjukkan perut memerlukan tenaga untuk menghadamkan makanan yang banyak dan melebihi had.
Seelok-eloknya, sekiranya perlu memakan daging makanlah ia seawal pagi atau siang hari kerana daging memerlukan waktu yang panjang untuk hadam. Ada pendapat mengatakan 36 jam untuk hadam.
Ambil makanan seimbang. Imbangan pemakanan berkhasiat sebenarnya adalah “sumber bahan bakar” seperti petroluem bagi kereta.
Jadi makanan berimbang akan memberi tenaga untuk kita bekerja dan kesihatan yang baik. Ini termasuklah untuk kekal kurus dan langsing.
Seelok-eloknya campurkan makanan anda dalam 5 gabungan kumpulan makanan seperti kekacang, buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu dan makanan berprotein semasa makan, setidak-tidak 3 kumpulan.
Ini adalah kerana makanan seperti sayur adalah ejen pembakar makanan dan membantu menghadam makanan dengan cepat.
Elakkan makanan yang bergoreng dan berlemak terutama pada malam hari.
Panduan yang terbaik bagi mengisi perut adalah setiap 1/3 diisi makanan, air dan udara.
Makanan yang “secukup” perut amat mudah dihadamkan dan ini akan mengekalkan metabolisma tubuh badan dan kekal kurus.
Petua Minum
Petua minum air ialah amalkan minum air sekurang-kurangnya 30 minit selepas makan atau selewat-lewatnya 2 jam selepas makan. Minumlah air bertapis sebaik-baiknya yang dibawa dari rumah.
Juga minumlah air kosong (bertapis) sebanyak 8 mug setiap hari. Seelok-eloknya minumlah ketika sedang duduk. Air membantu menyah toksik, kekotoran dan bahan logam yang tidak diperlukan dalam tubuh.
Sekiranya boleh elakkan dari minum minuman berkafien atau mengandungi gas (dipanggil soda di USA) dan bergula.
Petua Senaman
Ramai yang mengekalkan 2 di atas tetapi kerap terlepas pandang untuk bersenam. Kerja, kerja, kerja, tidak akan menjanjikan kerja akan habis. Jadi anda kena “curi” atau “make time” untuk senaman.
Seelok-eloknya buatlah senaman yang kita suka buat kerana ini tidak akan memaksa badan untuk mengeluarkan peluh. Kerana senaman yang kita tidak suka buat tidak menghasilkan peluh yang mencukupi dan berkualiti.
Jadi berseronoklah semasa bersenam seperti berenang, berbasikal, menari, taichi, bersilat, bermain bola, berjogging atau apa saja asalkan seronok dan berpeluh. Tetapi, jangan lupa untuk memulai senaman dengan sesi memanaskan badan dahulu.
Sekiranya senaman susah dilakukan, sesampai di pejabat jangan menaiki lif. Amalkan menaiki tangga.
Sekiranya waktu merupakan kekangan bagi anda lakukanlah stretching, melompat atau berlari setempat dalam kiraan 300 dan “push-ups“, kesemuanya untuk tempoh 20 minit 4 kali seminggu dalam keadaan senang diri dan menyeronokkan.
Berlari setempat akan menguatkan otot-otot dan “push-ups” mampu membina otot pada dada, bahu, tangan dan terutama di bahagian abdoman atau perut.
Petua rehat
Tidur adalah waktu terbaik bagi merehatkan minda. Tetapi jangan lupa gosok gigi sebelum tidur. Ini adalah kerana tidur dalam keadaan mulut kotor akan memudahkan terbentuknya kekotoran yang akan tersalur ke otak dan membuat anda pelupa serta mampu merosakkan gigi serta gusi.
Ramai juga yang tidak tahu bahawa ia adalah waktu dimana nutrien dan zat pemakanan diserap secara baik untuk diagih-agihkan ke organ-organ perlu. Ini dilakukan hanya dalam keadaan tubuh rehat sepenuhnya selepas waktu malam sahaja kerana waktu tersebut juga elemen-elemen alam selepas tengah malam hari mengoptima kerja-kerja ini.
Tidurlah selewat-lewatnya 11.00 malam dan bangun seawal subuh dan mandi. Mandi adalah petua awet muda pada waktu subuh, menegangkan kulit dan mampu menguruskan badan.
Sebaik-baiknya setelah bangun dari tidur minumlah 2-4 gelas air sebelum gosok gigi dan mandi. Ini adalah kerana bakteria baik dari mulut akan masuk ke dalam perut, bergabung dengan pro-biotik di dalam perut memudahkan pembuangan najis setiap pagi secara “natural” atau semulajadi.
Solat
Kalau anda seorang Islam, solatlah kerana solat yang kusyuk dengan bacaan tajwid yang betul mampu memperbaiki saikologi diri serta jatidiri. Cubalah semak khafiat solat kusyuk dan anda akan merasakan ianya berbaloi tanda kita juga menghargai akan anugerah tubuh yang sihat kepada kita.
Seelok-eloknya lakukanlah kesemuanya sewaktu anda masih muda, kerana “alah bisa tegal biasa”.
Bagaimanapun, ramai wanita yang merungut kerana usaha menurunkan berat badan menjadi sukar setelah umur meningkat. Bagi lelaki ianya sudah tentu soal disiplin dalam kesemua di atas, kerana lelaki bila bertambah umur, makan ikut sesedap hati dan waktu dan senaman adalah perkara yang ke 30. Bagi wanita, ramai yang mendapati usaha menguruskan badan serba tidak menjadi walaupun perkara di atas memang telah diamalkan.
Petua kurus untuk wanita
Wanita sebenarnya adalah insan terpilih. Allah muliakan wanita, sehingga soal masuk syurga juga menjadi mudah – bagi yang sudah berumahtangga hanya perlu taat pada suami dan perintah Allah, Allah janjikan syurga.
Soal bulanan juga dijagai dengan pusingan haid bagi membersih dan menyihatkan tubuh badan. Tetapi oleh kerana faktor pemakanan dan “lifestyles”, kitaran bulanan wanita menjadi terganggu bagi setengah wanita.
Sebenarnya kajian menunjukkan wanita selepas berumur 30 tahun akan mengalami kehilangan hormon estrogen yang tidak menentu dan mendadak terutama semasa waktu menapouse. Ini akan mengakibatkan lemak mudah terkumpul di bahagian-bahagian bawah lengan, dada, pinggang, pinggul, peha, betis dan perut. Ini jika dibiarkan akan nampak ketara akan lebihan lemak pada tubuh badan dan kadang-kadang memalukan.
Petua Kurus Badan menyarankan agar wanita terutamanya yang telah mencecah 30 tahun merawat estrogen yang berkurangan dengan mengunakan pati buah-buah natural. Ini adalah kerana pati buah-buahan dari sumber asli bukan saja akan memperbaiki estrogen tetapi juga memberi kesan pada pembersihan perut, peranakan dan salur darah, merancakkan pembuangan lemak dan menambah awet muda.
Bagi wanita, kekurangan estrogen adalah punca badan mengumpul lemak dan susah kurus. Jadi berikhtiarlah.