Monday, September 21, 2015

bila..


aku,..

berlian...

alangkah indahnya jika semua jadi milikku..

bilalah boleh dapat....



Rindu..



rindunya kat arwah mak..

tak terungkap dengan kata2..

alfatihah untuk mak..

Wednesday, September 10, 2014



Ada gaya photographer tak? hahaha dah lama tak outing ambil gambar ni...rindu sangat masa
zaman-zaman ni hehehe..





ni lah hasilnya.... masa ni shoot dekat FRIM.






Ni shoot dekat Taman Tasik Perdana





Ni dekat Tugu Negara...



Hope lepas ni boleh lagi shoot dengan kekasih hamba Ucuk dan B...

Sunday, August 17, 2014

Hidup aku sekarang ni...

Hello...Assalamualaikum..

lama sungguh tak update blog ni..bersawang sangat...tapi dalam sawang-sawang pun rupanya dalam diam ada orang stalker blog ni siapa tu ek..., kalau sebab bloglah boleh merapatkan silaturahim kenapa kita tak teruskan ye.. pahala tu..

memandangkan ada permintaan supaya kita update blog ni jadi dengan rasa penuh suka citanya kita sahutla.. yelah sedikit sebanyak boleh tahu apa yang berlaku di bumi Malaysia ni,lagi pun kerana blog boleh mendekatkan hubungan lagi ... To Mr Panda welcome to our family... :P

Memandangkan kali terakhir blog ini di update pada tahun 2011 banyak sangat perkara dan peristiwa yang dah terjadi.. Pahit,manis,gembira,sedih macam-macam emosi ada... nak tahu apa yang terjadi...kita listkan lah sikit..ada masa kita update satu-satu..Ni diantara perkara yang besar berlaku dalam hidup kita..sebenarnya banyak lagi perkara yang terjadi, dapat di rumuskan semakin banyak perkara dan peristiwa yang berlaku menjadikan kita semakin matang dan dewasa..betollah orang-orang tua kata "masa itu mematangkan seseorang.." oleh itu hargailan mereke yang tersayang..mm ada kena mengena ker?

Ada berapa perkara dan impian kita telah tercapai dalam beberapa tahun ni yang membuatkan kita lebih menghargai dan memahami apa itu kehidupan..Boleh dikatankan sekarang ni kita benar-benar menikmati makna kehidupan yang sebenarnya di alam fana ni. Ni lah dia antanranya..

  • Kita berjaya abiskan belaja dan CONVO dengan jayanya..
  • Kita dah jejak kaki ke BANDUNG 
  • Kita dapat melancong ke beberapa pulau dan tempat 
  • Opsss DILAMAR di twitter...
  • berTUNANG
  • berKAHWIN
  •  HONEYMOON
  • MENGANDUNG
  • ZURIAT
Sebenarnya banyak lagi yang berlaku dalam hidup kita dengan family kita... ada perkara yang sangat tak di jangkakan.. sedih dan gembira kita tetap bersama.. air di cincang takkan putus.. Selamanya..


              ni gambar raya 2011. Family lolon gan A ajang tak ada sebab diaorang tak sampai lagi.




Saturday, November 19, 2011

petua Diet....

Petua Kurus Badan

Kenapa ramai orang gagal dalam usaha untuk menurunkan berat badan? Dan ramai juga menganggap hanya dengan menelan pil & ramuan tertentu dapat membantu menjadi kurus.

Kajian menunjukkan 90% orang gagal dalam usaha mereka untuk kurus kerana gagal menemui punca kepada masalah mereka

Jangan terperanjat dengan fakta tersebut.

Teringatkah kita bagaimana cukup mudah bagi kita untuk menurunkan berat badan ketika kita masih muda? Dan ketahuilah, kajian juga mendapati wanita lebih susah untuk menguruskan badan berbanding lelaki.

Secara amnya setelah umur meningkat semakin susah untuk seseorang itu menurunkan berat badan kerana tahap metabolisma telah menurun.

Selain daripada faktor umur, cara hidup atau “lifestyles” juga mencorak bentuk badan seseorang itu. Mana tidaknya, makanan segeralah, air bergaslah, roti canailah, ayam injectionlah, menjadi antara hidangan kehidupan pada hari ini.

Petua Kurus Badan akan berkongsi cara bagaimana anda boleh menjadi kurus, khasnya wanita walaupun banyak cabaran yang mendatang, sebenarnya masalah tersebut masih boleh di atasi.

Ada 5 bahagian kerja yang boleh diperbaiki sekiranya kita ingin kurus secara semulajadi (natural).

1. Makan

2. Minum

3. Senaman

4. Rehat

5. Solat

Petua Makan

Waktu makan:

petua kurus badan. makan makanan berimbang untuk sihat dan kuruskan badan

makan makanan berimbang

Petua pertama adalah makan pada waktu yang sama selalu. Sekiranya sarapan anda adalah pada pukul 8.00 pagi, jadi biasakan makan pada waktu yang sama. Begitu juga waktu yang lain-lainnya.

Bagi makan malam pula, seelok-eloknya makanlah selewat-lewatnya waktu maghrib. Ini penting, kerana penghadaman mengambil masa 4 jam untuk selesai dilaksanakan betul-betul sebelum waktu tidur.

Kadar makanan

Pernah dengar pepatah – kesihatan kita adalah “apa yang kita makan”? Ini membayangkan penyakit berlaku apabila kita makan makanan yang tidak berzat – beracun, terbiar lama, makanan yang diproses tidak mengikut tatacara proses yang betul.

Apapun makanlah dengan tertib, tidak tergopoh-gapah dan makanan dikunyah lumat baru ditelan.

Tujuan makan adalah untuk mendapatkan tenaga dan nutrien untuk tubuh badan. Bagaimanapun, makan hanya sekadar kenyang dan bukan mengenyangkan, melainkan anda kerap bersukan jadi sumber kabohidrat seperti nasi memang sangat diperlukan dengan kadar yang lebih banyak.

Kadar makanan yang berlebihan akan membuat anda berasa mengantok, menunjukkan perut memerlukan tenaga untuk menghadamkan makanan yang banyak dan melebihi had.

Seelok-eloknya, sekiranya perlu memakan daging makanlah ia seawal pagi atau siang hari kerana daging memerlukan waktu yang panjang untuk hadam. Ada pendapat mengatakan 36 jam untuk hadam.

Petua Kurus Badan. Piramid makanan memberi panduan, lebih mengecil piramid bertambah kurang makanan diperlukan

panduan piramid makanan

Ambil makanan seimbang. Imbangan pemakanan berkhasiat sebenarnya adalah “sumber bahan bakar” seperti petroluem bagi kereta.

Jadi makanan berimbang akan memberi tenaga untuk kita bekerja dan kesihatan yang baik. Ini termasuklah untuk kekal kurus dan langsing.

Seelok-eloknya campurkan makanan anda dalam 5 gabungan kumpulan makanan seperti kekacang, buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu dan makanan berprotein semasa makan, setidak-tidak 3 kumpulan.

Ini adalah kerana makanan seperti sayur adalah ejen pembakar makanan dan membantu menghadam makanan dengan cepat.

Elakkan makanan yang bergoreng dan berlemak terutama pada malam hari.

Panduan yang terbaik bagi mengisi perut adalah setiap 1/3 diisi makanan, air dan udara.

Makanan yang “secukup” perut amat mudah dihadamkan dan ini akan mengekalkan metabolisma tubuh badan dan kekal kurus.

Petua Minum

petua kurus badan. Minum air bersih minima 8 oz sehari

minum air sebanyak 8 mug sehari

Petua minum air ialah amalkan minum air sekurang-kurangnya 30 minit selepas makan atau selewat-lewatnya 2 jam selepas makan. Minumlah air bertapis sebaik-baiknya yang dibawa dari rumah.

Juga minumlah air kosong (bertapis) sebanyak 8 mug setiap hari. Seelok-eloknya minumlah ketika sedang duduk. Air membantu menyah toksik, kekotoran dan bahan logam yang tidak diperlukan dalam tubuh.

Sekiranya boleh elakkan dari minum minuman berkafien atau mengandungi gas (dipanggil soda di USA) dan bergula.

Petua Senaman

Ramai yang mengekalkan 2 di atas tetapi kerap terlepas pandang untuk bersenam. Kerja, kerja, kerja, tidak akan menjanjikan kerja akan habis. Jadi anda kena “curi” atau “make time” untuk senaman.

Petua Kurus Badan. Senaman santai adalah petua senaman yang berkesan

senaman usaha untuk kurus

Seelok-eloknya buatlah senaman yang kita suka buat kerana ini tidak akan memaksa badan untuk mengeluarkan peluh. Kerana senaman yang kita tidak suka buat tidak menghasilkan peluh yang mencukupi dan berkualiti.

Jadi berseronoklah semasa bersenam seperti berenang, berbasikal, menari, taichi, bersilat, bermain bola, berjogging atau apa saja asalkan seronok dan berpeluh. Tetapi, jangan lupa untuk memulai senaman dengan sesi memanaskan badan dahulu.

Sekiranya senaman susah dilakukan, sesampai di pejabat jangan menaiki lif. Amalkan menaiki tangga.

Sekiranya waktu merupakan kekangan bagi anda lakukanlah stretching, melompat atau berlari setempat dalam kiraan 300 dan “push-ups“, kesemuanya untuk tempoh 20 minit 4 kali seminggu dalam keadaan senang diri dan menyeronokkan.

Berlari setempat akan menguatkan otot-otot dan “push-ups” mampu membina otot pada dada, bahu, tangan dan terutama di bahagian abdoman atau perut.

Petua rehat

Tidur adalah waktu terbaik bagi merehatkan minda. Tetapi jangan lupa gosok gigi sebelum tidur. Ini adalah kerana tidur dalam keadaan mulut kotor akan memudahkan terbentuknya kekotoran yang akan tersalur ke otak dan membuat anda pelupa serta mampu merosakkan gigi serta gusi.

Petua Kurus Badan. tidur waktu malam adalah ubat kurus

tidur juga ubat kurus

Ramai juga yang tidak tahu bahawa ia adalah waktu dimana nutrien dan zat pemakanan diserap secara baik untuk diagih-agihkan ke organ-organ perlu. Ini dilakukan hanya dalam keadaan tubuh rehat sepenuhnya selepas waktu malam sahaja kerana waktu tersebut juga elemen-elemen alam selepas tengah malam hari mengoptima kerja-kerja ini.

Tidurlah selewat-lewatnya 11.00 malam dan bangun seawal subuh dan mandi. Mandi adalah petua awet muda pada waktu subuh, menegangkan kulit dan mampu menguruskan badan.

Sebaik-baiknya setelah bangun dari tidur minumlah 2-4 gelas air sebelum gosok gigi dan mandi. Ini adalah kerana bakteria baik dari mulut akan masuk ke dalam perut, bergabung dengan pro-biotik di dalam perut memudahkan pembuangan najis setiap pagi secara “natural” atau semulajadi.

Solat

Kalau anda seorang Islam, solatlah kerana solat yang kusyuk dengan bacaan tajwid yang betul mampu memperbaiki saikologi diri serta jatidiri. Cubalah semak khafiat solat kusyuk dan anda akan merasakan ianya berbaloi tanda kita juga menghargai akan anugerah tubuh yang sihat kepada kita.

Seelok-eloknya lakukanlah kesemuanya sewaktu anda masih muda, kerana “alah bisa tegal biasa”.

Bagaimanapun, ramai wanita yang merungut kerana usaha menurunkan berat badan menjadi sukar setelah umur meningkat. Bagi lelaki ianya sudah tentu soal disiplin dalam kesemua di atas, kerana lelaki bila bertambah umur, makan ikut sesedap hati dan waktu dan senaman adalah perkara yang ke 30. Bagi wanita, ramai yang mendapati usaha menguruskan badan serba tidak menjadi walaupun perkara di atas memang telah diamalkan.

Petua kurus untuk wanita

Wanita sebenarnya adalah insan terpilih. Allah muliakan wanita, sehingga soal masuk syurga juga menjadi mudah – bagi yang sudah berumahtangga hanya perlu taat pada suami dan perintah Allah, Allah janjikan syurga.

Soal bulanan juga dijagai dengan pusingan haid bagi membersih dan menyihatkan tubuh badan. Tetapi oleh kerana faktor pemakanan dan “lifestyles”, kitaran bulanan wanita menjadi terganggu bagi setengah wanita.

Sebenarnya kajian menunjukkan wanita selepas berumur 30 tahun akan mengalami kehilangan hormon estrogen yang tidak menentu dan mendadak terutama semasa waktu menapouse. Ini akan mengakibatkan lemak mudah terkumpul di bahagian-bahagian bawah lengan, dada, pinggang, pinggul, peha, betis dan perut. Ini jika dibiarkan akan nampak ketara akan lebihan lemak pada tubuh badan dan kadang-kadang memalukan.

Petua Kurus Badan menyarankan agar wanita terutamanya yang telah mencecah 30 tahun merawat estrogen yang berkurangan dengan mengunakan pati buah-buah natural. Ini adalah kerana pati buah-buahan dari sumber asli bukan saja akan memperbaiki estrogen tetapi juga memberi kesan pada pembersihan perut, peranakan dan salur darah, merancakkan pembuangan lemak dan menambah awet muda.

Bagi wanita, kekurangan estrogen adalah punca badan mengumpul lemak dan susah kurus. Jadi berikhtiarlah.

Thursday, November 10, 2011

Cerita Pasal Kahwin Lagi???....


korang mesti pernah dialog macam nikan..

  • " mak dengar kawan baik kau tu dah kawin dah, kau bila lagi?"

  • " umur kau dah nak masuk 26 tahun dah, masa aku umur ni dah anak 3 dah..kau bila lagi?"

  • "berapa anak kau sekarang? eh kau tak kawin lagi ye"

fuhhhh memang terbaikkan...memang tak hingat...

sebenarnya ni yang aku nak syer ni...

Cerita pasal aku plak...

sejak dua menjak ni aku selalu je mengelak dari nak balik kampung, tahu pasal apa sbb aku malas nak kena jawab soalan pasal kahwin ni...sakit hati dan pale nak jawab. Asal aku balik kampung je mesti kena tanya, letihnya nak jawab, kang jawab endah tak endah katanya kurang hajar macam mana tu? haisshhhh korang bayangkanla masa aku balik kampung mak aku buat kendu dari aku sampai sampai nak balik asyik di asak pasal BILA AKU NAK KAWEN? fuhh memang tensen la kot. tiap perbualan mesti ada cerita pasal tu, hurmm macamne ni fening tahu tak.

aku tahu tahun depan umur aku akan berganjak ke angka 26, kalau umur tula mesti kebiasaannya dah ada nak beranak pinakkan. Yela aku ni bukan tak de impian atau angan2 nak ke arah tu tapi macam2 halangan yang menyebabkan aku tak boleh nak laksanakan. susahla nak terangkan kat orang tua ni...hishhhh macam kita nak pikir ni...

cubala kau bayangkan dengan gaji aku yang ada skang ni dan commitment aku yang besar ni...ni satu hal...baru nak saving kang ada jerk benda lain aku nak kena cover atau bayar haisshhhh sabar jerkla tapi tu orang lain macam tak paham2 dan dok push macamne tu? cuba cerita, lelama aku boleh mereng kot T-T. Adoiyai ingat kahwin ni dua tiga ratus je ker...kalaula semurah tu lama dah jalan...yeyyyy I'm married....yeyeyeye

setiap kali aku bercakap pasal ni dengan Mucuk aku mesti akan berakhir dengan tegang jadi mulai harini aku dah tak mau tanya lagi buat sakit hati gan pala aku je...sedih sangat2 tak larat dah nak menangis, tahla. Mucuk dengan prinsip dia , jadi lebih baik aku diamkan dirikan....be my self...yeyyy

aku bukan nak push mucuk, maafkan aku mucuk...aku bukan sengaja, tapi aku pun tahla tiap kali kena desak dan desak lama2 kita pun hilang pertimbangan. serius harini aku betul2 down, tahla....aku pun macam juga perempuan lain yang inginkan kebahagian. siapa yang tidak teringinkan satu majlis yang indah, meriah, besar semua dan setiap perempuanla ingankannya jadi kepada mucukkan dab diriku kuatkan semangat yeyeyye.

aku paham sangat dan seharusnya orang di sekeliling aku pun kena paham keadaan kami yang sedang berhempas pulas nak lakukan yang terbaik, kami perlukan sokongan jadi hentila2 tanya soalan pelik. pernah aku ditanya oleh seseorang,

" ainni bila nak nikah, sampai bila nak jadi macamni, bila Ain keluar sana sini tanpa mahram, pakai baju macamni,semua dosa Along tanggung, abang2 lain tanggung gan Ayah tanggung. tak kesian ke kat diaorang"

apa perasaan korang kena push dengan soalan macam ni masa tu hanya Allah yang tahu macamne perasaan aku yang rasa memang tak best. Kalaula kuasa di tangan wanita dah lama dah aku jumpa je TOK KADI. tapi aku ni wanita apa yang aku boleh buat cula paham situasi aku dan masalah aku..erghhhh serius aku sangat2 tension. Korang beritahu siapa wanita yang nak jadi macamni, cuba cerita kat aku... aku ni nak gila pusing ayat nak jawab kalau kena tanya soalan macam ni kot...

Jadi janganla tanya kenapa aku tak suka jumpa sedara mara, balik kampung,jumpa kawan2 lama semuanya buat aku sedih,geram, benci,begang,sakit kepala kena tanya soalan macamni...cukup2la seksa emosi,perasaan dan diri aku ni. Aku rasa dah tak larat lagi nak mengalirkan air mata.

Semua ya saya ingin berkahwin cuma masanya tidak sampai lagi tapi percayala bila masanya aku tak tahu tapi aku yakin akan tiba jua waktu dan saatnya, dimasa itu akan ku khabarkan pada semua. Jadi buat masa ini hentila mendesak dan terus mendesak aku lagi....berila aku ruang dan masa.....aku sedang berusaha melakukan yang terbaikkk.


Wednesday, September 28, 2011

jiwang-jiwang harini..

kita benci awak sangat2 tapi dalam masa yang sama saya rindu awak sangat-sangat...

kita tak suka awak dalam masa yang sama saya betul-betul rindui awak...

kita tak suka dengar tentang awak lagi tapi saya masih2 tercari2 apa yang awak buat sekarang ni...

Ya Allah aku insan yang sangat lemah Ya Allah..teguhkan imanku Ya Allah...jauhkan diriku Ya Allah dari segala bencana.... Berikan aku kekuatan untuk menlawan segala dugaan,rintangan dan ujian dariMu Ya Allah

Tunjukkan aku kebenarannya Ya Allah...

Ya Allah Ya Tuhanku...

Jika Dia adalah Jodohku panjangkan Jodohku dengannya...

Jika Jodohku adalah untuk orang lain bantula aku Ya Allah untuk aku lupakan dia

Ya Allah...

bantula hambamu ini Ya Allah...

Ya Allah ya Tuhanku... Jika di takdirkan aku sudah menemui insan yang boleh membimbingi aku bukankanla pintu hatiku dan pintu hatinya sepaya segala urusan di permudahkan

Ya Allah...Tunjukkan jalan kebenaran Ya Allah....

Ampunkanlah segala dosa-dosaku Ya Allah...

Kuatkan imanku dan tabahkanlah hatiku Ya Allah...

Tabahkan hati hambamu ini Ya Allah setabah hati insane-insan yang Beriman Ya Allah….

Amin Ya rabbalalamin....