Sunday, May 29, 2011

HADIAH BESDAY SANG ARJUNA...

hai semua....

mesti korang masih ingat pasal post ain yang lepas2 dok mencari hadiah untuk sang arjuna kan.... Sebelum ni dah confirm nak bagi arjuna Nikon D5100 tetapi minggu lepas tiba2 dapat panggilan dari UTM pasal final project kena submit...huhuhu melayang dah budget nak beli dslr huhuhu...

memandangkan bajet dah lari banyak sangat so ain buat keputusan nak cari benda lain..pikir punya pikir akhirnya nak belikan minyak wangi...tapi semalam tetiba arjuna tanya dia nak tgk arsenal ( Hurmmm sebab 2 3 hari ni asyik tanya arjuna nak apa....) so terus dapat idea...dan belikanla dia tiket Arsenal vs Malaysia pada 13 July 2011 nanti...

'tapi dugaan melanda, rupanya susah nak belikan tiket bola ni memandangka aku ni tak tahu paperkan...terpaksala minta bantuan Adik arjuna(capik) teman belikan tiket... Memula aku ke KLCC sbb tiket ada di jual di kedai NIKE okla layan aja tapi hampa sebab tiket yang arjuna nak tu tak ada di jual di butik ni KLCC jadi aku dan capik buat keputusan menapak dari klcc ker pavillion fuhhh sangat penat serius gila2 penat sebab aku pakai heel hahahaha padan muka aku... yerlakan ingat beli kat KLCC jerk, tapi punyala hampa di PAVI pun sama tak ada juga...dalam hampa2 tu aku dan Capik rushing la balik sebab nak tengok kat internet kat mana ada lagi tempat yang di jual...

so dengan pantas kitaorg gerak balik dan keluar balik menuju ker Sunway Piramid tetapi memandangkan jam dah pukul 830 mlm jadi kami tukar fikiran untuk ke Mid Velley sahaja sebab takut ke SUnway Piramid tu jem sesangat.Tetapi amat mendukacitakan yang di Mid Valley pun sama tak ada jual tiket seperti yang Arjuna mahukan.Sebenarnya arjuna nak tiket di belakang manager sebab dia nak tengok player keluar ke padang nanti tula harapan beliau. Jadi kena beli tiket di Blue Gate. ok kita zoom tempat duduk yang arjuna nak tu....




akhirnya setelah check di laman web http://www.ticketpro.com.my tempat untuk beli tiket di Bluegate adalah hanya di kedai Rock Corner. Jadi apa lagi harini aku pecut capik ke Ampang Point.Alhamdulillah ternyata usaha aku tak sia2 dan apa yang di hajati dapat di tunaikan...akhirnya tiket di BLUEGATE di gengaman dan yang paling best juga dapat juga Training Pass..yeehaaaa...akhirya dah dapat dah untuk hadiah hari jadi untuk sang arjuna...yang paling penting dia sangat2la gembira...jom kita zooommmm...HARAP2 SAYANGKU ARJUNA GEMBIRA DENGAN PEMBERIAN TAK SEBERAPA DARI AKU NI....