Friday, February 5, 2010

Satay Ikan..

aper tu satay ikan??? kalau orang dulu2 makanan ni adalah makanan ringan yang popular tapi zaman aku tak tahu pun kewujudannya...Satay ikan ni Mucuk perkenalkan kat aku sedap....kalu makan satu nak lagi satu nak lagii dan lagi...tapi yang uniknya satay ikan dia tak dimakan dengan kuah kacang seperti sate ayam atau daging tapi dimakan dengan sos cili...nyami2 sedapnya kali pertama aku makan di DANAU KOTA... time kasih mucuk memperkenalkan aku dengan salah satu makanan orang2 dahulu....

hah ni dia bentuk satay ikan...


wanita dan perkahwinan....


Hai..lama dah aku tak update blog ni...busy semacam...okla kali ni aku nak bercerita tentang satu peristiwa yang penting dalam sejarah hidup kita terutamnya dikalangan wanita iaitu PERKAHWINAN...Kenapa topik ni menjadi pilihan aku kali ni sebab sejak dua menjak ni banyak betul aku dilayangkan dengan kad jemputan majlis perkahwinan, jadi kali ni aku nak bercerita tentang majlis2 yang sempat aku datang...hurmm bila plak turn aku ye???tak tahula...bila tengok orang lain bersanding arghhh cemburunya aku bilala masa aku plak akan tiba...kenapa aku mesti rasa bergitu ye? pelik.. mari tengok gambar2 aku di majlis2 perkahwinan yang sempat aku datang..





Ni gambar aku di majlis perkahwinan abg sepupu aku abg pipi...






ni pulak masa sepupu aku Daus kahwin...hisshhh kawen dah sepupu aku sorang ni dah tak de geng nak gado...









ni pula majlis rakan opis aku Kak Zana..cantikkan dia...




Ni aderlah sebahagian majlis2 yang sempat aku datang...masa aku plak...bila yer....semoga jodoh KAMI berkekalan Aminnnnnnnnnnn.........


Sunday, September 27, 2009

RAYA DAN RAYA........

Selamat Hari Raya untuk semua.....hehehe tahun ni aku beraya lain skit berbanding gan tahun2 lain buat kali pertamanya semua aku kena sediakan sendiri dari baju raya kuih raya semua2 lah..nasib baik ader mucuk yang banyak bantu aku...teharunya...Time Kasih mucuk....tahun ni Mucuk belikan aku baju raya sampai 2 pasang wahhh giler best dua2 warna biru...hahaha jangan jeles... Raya tahun ni aku amik cuti seminggu hahaha utk menghabiskan masa gan keluarga aku..yela semua dah merungut kata dah lama tak jumpa aku hehehe jadi layankan jerkla.... aku alik Muar kg tercinta aku tu petang raya..Macam berlaku masa raya tahun ni...seronoknya...

antaranya:-

  • buat kali pertamana aku dukung baby tak sampai 2kg...huhuh anak kawan ayah aku dia lahir tak cukup bulan..kecil sangat....tak caya tgk pict ni...




comelkan......nama baby ni Khadijah

  • huhuhu Raya ketiga sepupu aku tunang..dia muda setahun dr aku adoiii penatnya tapi paling penat bila semua org duk tanya aku bila TURN aku plak..hishhhh peningnya rasa nak terus alik KL hahahha...


ni aku masa ari tunang sepupu aku..aku melawa abis hahah sampai semua tanya ni saper yang nak tunang sebenarnya ni hahahaha..tapi aku buat dek jerk sbb semua sepupu2 aku pun bersolek sakan hehehehe......

tahun ni raya memang LEtiH sesangat2 haha tapi aku seronok sangat sbb dapat jumpa dengan semua saudara mara aku....hehehe aku tak sabar nak pergi beraya RUMAH mucuk plak...nak merasa beraya kat ALOR SETAR hehehehe..macam mana ekkk rasanya??? hurmmm tunggul aku UPDate blog yang seterusnya.....

Sunday, September 13, 2009

Bila kita Puasa....

Tanggal 22 Ogos 2009, semua umat islam dah mula berpuasa....hehehe ni kali kedua aku berpuasa berjauhan gan keluarga kat kg, tapi kali ni puasa lagi mencabar sbb aku dah duduk umh sendiri memang la dugaan dia sangat hebat...kalau dulu malas2 mesti dah ada orang masakkan utk sahur gan berbuka tapi kali ni puasa semua kena buat sendiri...huhuhuhu

kat cini ader beberapa gambar yang aku amik sempena berbuka puasa dengan family aku dan juga budak2 opis aku.....





BERBUKA PUASA DENGAN FAMILY DI CENGKIH HOUSE CAFE TITIWANGSA....














BERBUKA PUASA DENGAN OFFICEMATE DI DEWAN PERDANA FELDA...
















Tuesday, August 18, 2009

Mucuk,Aku,Roti Naan dan Restauran Mohsin...

Sejak dua menjak ni Mucuk kena kerja malam pada Sabtu dan Ahad huhuhu aku aper lagi ader Mucuk aderla aku dok menempel kat sana hehehe padahal esoknya aku kerja...nasibla jadual aku pukul 1230pm jadi takla terkejar sangat cuma aku akan mengantuk ala- ala ayam tu hahaha....seminggu sebelum gaji ni memang perit sangat kalau kena kerja kat AHP yerla dengan duit minyak lagi...hisshhh sekali pergi balik minyak dah berapa...walaupun naik motor tapi dah akhir bulan pun kira mahal hehehe...pernah sekali kitaorang makan terpaksa bayar pakai duit syiling...hahaha korek tabung sebab tak cukup duit nasibla mamak tu tak kisah siap mintak tukar semua duit syiling yang ader pada aku hehehehe.....(pegalaman betul2 mendewasakan aku...banyak sangat sebab bukannya senang nak jadi senang jadi belajarla menabung kalu tak jadi macam aku sebab dah over budget terpaksalah korek tabung....)

nak dijadika cerita aku gan Mucuk ni ader satu kedai Mamak yang kitaorang akan lepak sampaila nak masuk waktu kerja..sebab kitaorang tengok kedai mamak lain macam tak best jadi kitaorang jadikan Restaurant Mohsin tempat persinggahan kitaorg ...Restaurant ni terkenal sebab keenakan roti naan dia..perghhh cedapnya (cewahh bukan main promote lagi)...hahaha memula aku cuba makan roti naan cheese sebab nak tahu keenakannya..Mucuk plak cuba Nasi kandar dan Ayam serta sayur??? hah mucuk makan sayur macam tak percaya Mamak tu letak sayur kacang dan bendi...licin Mucuk makan...dan roti Naan tu pun not bad memang sedap...





roti naan cheese...







nasi kandar...


...minggu last midnight gaji tetiba saja masuk awal biasa masuk 15hb dan kebetulan jatuh pada hari Sabtu nak dikata rezeki aku plak gaji masuk pada 14hb dan disebabkan dah gaji... aku pun (merengek-rengek ala ayam) kat Mucuk nak sangat makan KFC kat depan bangunan AHP TAPI tak dapat KFC sebab dah tutup kitaorg sampai kat AHP tu dah nak dekat pukul 11 malam..
kempunan aku nak makan huhuhuhu..selepas itu aku ajak Mucuk cari dekat One Utama ermm dah tutupla...kemudian pergi dekat The Curve nampaknya hampa sangat cuma McDonald sahaja yang masih dibuka tak nampak pulak bayang Restaurant KFC...last2 Mucuk belanja makan di Burger King sebelahan dengan Petronas Station,walaupun kecewa tak dapat KFC tapi Mucuk tetap nak Gembirakan aku tapi makan benda lainla..huh terharunya ;')...Mucuk ajak makan diluar katanya dalam sejuk tapi aku tahu Mucuk nak merokok tapikan baru aku perasan maner boleh merokok sbb ni kawasan petrol station....hisshhh tengok Mucuk yang slumber ni hisshhh...





Mucuk yang Selamber...

Pada hari ahad plak aku gan Mucuk macam biasa LEPAK kat Mohsin tu...so sempena malam terakhir di AHP aku pun nak la makan yang best sikit..macam biasa aku order Roti Naan tapi kali ini roti naan ni special sangat...macam makan pizza tau...di tabur dengan hirisan tomato,cheese,ader susu masam kot. tah yang aku tahu ader lagila bahan yang lain2 memang sedap sangat...harga dia RM5 mahal sungguh nasib sedap....nama dia Roti Naan Mumtaz tak silap aku....




Roti Naan Mumtaz

Mucuk pun macam biasa makan Nasi Kandar dia tu tapi harini amik lauk pelik sikit...Ayam goreng dengan Udang sambal kot mahal tu RM7.50 tak silap aku...huhuhuhuhu... memang mahal... Air plak ucuk order Nescafe tarik RM1.50 dan ais kosong RM0.30 aku plak sirap limau rm1.50... hahaha ,malam tu maknan kitaorang dekat RM16...hahaha...mahal sehhh




Nasi Kandar+ayam+udang


banyak pengalaman aku masa teman Mucuk kat AHP..pengalaman yang mendewasan kita...hahaha walaupun aku sampai jerk sana dan kuarkan bantal untuk terus tido tapi aku belajar SESUATU sebenarnya bukan senang nak dapat duit, walaupun kerja aku ni tak kerah kederat empat kerat ni, TAPI kita kena kerah MENTAL kita sebenarnya.. yerla aku tengok orang yang kerja malam ni kena tahan mengatuk..layan call Q lagi semuala...orang lain dah nyeyak dibuai mimpi..Orang lain dah bersuka ria di waktu malam menonton TV tapi kena kerja...itulahkan bukan senang nak senang ...walaupun aku tak selesa tido atas kerusi tapi yang penting aku dapat belajar sesuatu..dan yang penting dan BEST sekali....aku dapat BERsama dengan Mucuk ''(KESIAN Mucuk tengok aku tido jerk)''...tapi Mucuk kata COMEL jerk tengok aku tido wahhh bangganya...hahahaaha perasan jerk aku ni hehehe...
ni la muka aku tengah tido yang Mucuk berjaya snap..Nakal Mucuk amik gambar aku curi-curi....





tomeikan....


sekianla coretan aku kali ini...wassalam kang update lain plak...


aku budak cute...



Hari yang Ceria...

Harini kerja best sangat...nak tahu naper???

Pertama...

Harini Mucuk baik sangat hantar aku pergi kerja yerla aku manja2 ayam nak dia hantar...hehehe sian mucuk padahal mengantuk baru balik dari AHP tapi aku tetap nak Mucuk hantar sbb nanti mlm tak la lambt nak gie AHP...Sebelum pergi Mucuk belikan aku nasi yerla ari Ahad Pulau tak buka so susah nak cari makanan..takkn nak makan McD plak...(huhuu tak saving)...hehehehe sayangla kat Mucuk...(cehh bodek ni) sedapla nasi Pak Cik tu...aku ambil lauk ikan keli masak cili,sayo lemak kobis dan juga telur dadar...perghhh SEDAPnya...sampai licin aku gan Ayong kerjakan... hehehe tu tanda2 orang yang dalam KELAPARAN....

Kedua...

Harini Eiz baik hati sangat2 sebab belanja satu ECH makan KFC...sedapya sehingga menjilat jari... Cedapnya macam tahu2 ajer aku MENGIDAM nak makan KFC...Terima Kasih Eiz.... seronoknya..

Ketiga...

Wawa datang kat Menara teman aku...(perasan lebih ni)...hehehehe best sangat sebab Edan dengan baik hatinya nak bawa Wawa datang Menara seronoknya....so borak2 la,makan sama....best sangat2 dapat luangkan masa dengan Wawa dan juga Eiz...hahahaha cuba tengok gambar dibah ni betapa gembiranya sahabat2 aku dua orang ni....hehehehe




wawa dah tak sabar nak potong kek...

Wawa ni OBSES dengan makanan yang mengandungi COKLAT..hisshhh tak kira
la aper pun coklat kek, cup cake,coklat barr hisshhh semuala yang penting COKLAT.....ni Wawa exited nak makan kek coklat yang Eiz belanja ni...mau dia balun semua huhuhu....





haha hari yang mengembirakan.......


*harap-harap kegembiraan ini dapat berulang lagi......


Friday, August 14, 2009

Aku,Mucuk Dan Mc Donald....

Mucuk gan aku suka makan McDonald hahaha ader geng rupanya aku sbb aku suka mkn McD sejak daripada aku sekolah menengah lagi...Jadi setiap bulan, sekali atau dua kali kitaorang akan makan McD ni.... menu aku macam biasa SPICY CHICKEN McDELUXE ataupun AYAM GORENG McD...kadang2 aku order BUBUR AYAM McD....Tapi Mucuk ajar aku makan FILET-O-FISH..aku takut juga nak cuba sebab aku tak tahan bau hanyir ikan...hahahaha tengah malam pada satu malam aku berjaya mencuba dan menghabiskan seketul FILET-O-FISH... kelakar masa tu Mucuk tengok muka aku makan sambil ketawa dia kata COMELNYA...malu sangat... Dia kata mcm lapar sangat tengok aku mkn hahahaa...

Kalau zezaman aku bebudak lagi biasa nak makan McD kenalan datang outlet McD sendiri tapi...sejak kerja ni aku belajar lagi satu benda service yang ditawarkan McD iaitu McDELIVERY.. Tapi aku begang betulla kat rumah Desa View aku ni service
McDELIVERY tak ditawarkan dengan alasan ''untuk keselamatan pemandu2 Delivery kami, pihak Mcd tidak membuat penghantaran ditempat cik!!!!! What!!! begang betul aku!!!! aper ni..'' agak2 aper kowang rasa bila diberitahu macam tu???? !£$%£^^&*><$%

Tanggal 31 Julai 2009,lepas duit KPI masuk (walaupun kpi aku tak masuk) aku dok memekak kat telinga Mucuk (merengek ala2 manja) kata lapar...Mucuk dengan baik hati suruhla aku order McD..wahhh ucuk cita ulam mendatang......dengan pantas aku mendail la number
service McDELIVERY...1 300 13 1300.... malam tu aku order large PORIDGGE, air REBINA dan Mucuk order 9 Ketul NUGGETS.... aku call pada pukul 11.00 mlm lebih kurang...lepas aku pot pet pot pet borak gan Mucuk siap aku pg mesin ATM keluarkan DUIT lagi tengok tak sampai2 lagi McDonald...hurmmmm aku sabar lagi ni....dah setengah jam aku tunggu...45 minit menanti...ehhhh dah satu jam..sejam lebih sikit....Mucuk pun dah naik angin dia suruh call McD balik tanya kenapa lama sangat....Aku pun call...dia kata ader patut dah sampai...budak careline tu cakap on the way...Mucuk pun HANGIN aku lagila terus RIBUT..terus cancel order...tak dan beberapa minit berlalu sampaila budak McDELIVERY tu....Kitaorang pun cakap dah 'CANCEL ORDER'... lepas tu Mucuk buka website McDonald dan aperlagi Mucuk memberikan komen terhadap services yang tak best ni...Ikutkan ni pengalaman Ke2 jadi mcm ni..Sebelum ni terjadi masa order dengan Yong... adoi...kali ni aku memang dah tak leh nak BERSABAR lagi....

''Masa mucuk Demam last week tetiba ader dapat call dari orang McD berkenaan komen yang Mucuk bagi..tapi yerla Kesian budak yang call tu kena marah dengan Mucuk..Yerla KACAU orang TENGAH DEMAM... maafla adik oiitt kena marah dengan Mucuk...budak tu try call beberapa kali lagi tapi Mucuk tak angkat call sebab dia mals nak diganggu katanya...''
Tetiba 14/8/09 orang McD call lagi sekali...minta maaf semualah...pastu dia mintak Mucuk tarik balik KOMEN mucuk tu....DAN yang paling BEST SEKALI tu dia siap offer nak bagi McD free yang kitaorang cancel hari tu....hahahaa SERONOKnya dapat makan sebab dah lama tak makan McD dan kebetulan kitaorang memang tengah budget sebab dah akhir
BULAN heheeh BESTNYA.....so mlm tu dapatla makan McD free....
'' Dan yang paling SYOK juga dia, budak McD tu kata lepas ni kalau nak buat tempahan terus jer cari agent nama dia SHAHRIL....'' hahaha bestnya...harap2 lepas ni McDonald dapat tingkat servicenya...BUKAN SENGAJA kitaorang nak MARAH-MARAH ni sebab kitaorang pun tahu SAKITnya mcmner bila KENA MARAH dengan Customer ni... WINK..WINK... kat bawah ni...aku sertakan gambar McD percuma yang kitaorang DAPAT...

TERIMA KASIH McDonald...