Monday, November 22, 2010

Aku dan Hospital..

Anda semua pernah tak merasa duduk di hospital??? saya pernah mengalami mimpi ngeri selama 9 hari dimasukkan ke hospital Muar. Walaupun pengalaman ini dah 2 tahun berlalu tetapi masih segar diingatan saya.kenapa ye...kerana bila kita dimasukkan ke dalam hospital secara tiba-tiba emosi kita berubah. Pada kebiasaanya pesakit menjadi terlalu sensitif dan emosi pesakit mudah terusik. Tekanan yang dihadapi pesakit untuk menerima berita penyakit yang dihadapi, rutin harian yang berubah dan perubahan persekitaran menyumbang pesakit menjadi tertekan. Sokangan moral dari kaum keluarga amat diperlukan.


Pada malam saya di tahan di hospital, pihak hospital mengesahkan saya terkena demam denggi kerana tanda-tanda demam denggi seperti:
*demam yang berterusan selama seminggu
*hilang selera makan
*sakit otot
*batuk

tetapi, keesokkan harinya doktor sahkan saya mengidap Pneumonia. Rasa dunia saya gelap sangat. saya berubah menjadi sangat sensitif dan tidak mahu bercakap dengan semua orang termasuk jururawat serta pesakit di cubicle saya. Saya hanya bercakap dengan doktor dan keleuarga saya sahaja. Jika ader tetamu saya rela mendiamkan. Tetapi keesokkan harinya doktor kata saya mengidap penyakit lain pula. Doktor kata berkaitan peparu saya ada air plak. Akhir doktor sepakat nak buat minor surgery untuk ambil sample air dari paru2 saya... huhuhu sakit....

akhirnya doktor tak dapat sahkan penyakit saya, setelah 9 hari bertapa di hospital saya dibenarkan untuk keluar...weeeee sangat gembira. . walaupun asya mengalami tekanan yang hebat dan kesakitan tapi berjaya diatasi dengan semangat yang diberikan oleh ibu bapa, keluarga, sanak saudara serta teman2 saya... terharu atas keperihatian mereka semua.... TERIMA KASIH SEMUA.....

ni antara gambar-gambar saya ketika di hospital...weeeeeee


tag nama


masuk air sbb dah kurang gula dalam badan


adoiiii....


katil saya di hospital


peneman setia...novel


selepas buka


dah nak balikkkkk......


No comments: