Monday, February 14, 2011

Apa itu G6PD

Info ini khas utk rujukanku sebagai ibu kepada seorang anak pengidap G6PD!!!

G6PD (Glokosa – 6 – Fosfat Dehidrogenase) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan.

Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang selalunya dialami oleh bayi lelaki. Para ibubapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak merbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah.

Setiap bayi yang baru dilahirkan, contoh darah meraka akan diambil untuk dianalisis seperti jenis darah, kekurangan G6PD tahap bilirumin dan sebagainya. Selalunya bayi yang mengalami G6PD akan mendapat jaundice (demam kuning) pada hari pertama kelahiran lagi. Jika tahap bilirumin terlau tinggi sehingga tidak dapat diterima oleh bayi, permindahan darah mesti dilakukan. Biasanya darah akan diambil dari bapa bayi tersebut.

Ubat-ubatan yang boleh menghasilkan homolisis adalah seperti di bawah ini.


Ibubapa kepada bayi atau sesiapa sahaja yang mengalami kekurangan G6PD handaklah memberitahu doktor setiap kali menerima rawatan bagi mengelakkan penggunaan ubatan yang mengandungi agen-agen seperti di atas. Cuba juga elakan diri daripada memasuki kawasan yang diketahui mempunyai unsur-unsur ubat gegat seperti di tandas awam. Pengidap mungkin akan mengalami sesak nafas jika cukup lama menghidu ubat gegat tersebut.

Biasanya apabila meningkat dewasa, seseorang yang mengalami kekurangan enzim G6PD kan dibekalkan dengan “rantai perubatan” yang menandakan pemakainya adalah kekurangan G6PD. Ini boleh membantu jika berlakunya kecemasan di mana pemakainya tidak dapat memberitahu sediri doktor yang merawatnya.


Ubat-ubatan yang boleh menghsilkan homolisis adalah seperti di bawah ini.

GLUCOSE 6 Phosphate Dehydrogenase deficiency’ atau lebih dikenali sebagai G6PD adalah sejenis penyakit yang kerap berlaku. Dianggarkan 400 juta penduduk dunia mengalami masalah itu. G6PD sejenis penyakit yang dikaitkan dengan kromosom X, justeru masalah ini lazimnya berlaku kepada lelaki.

Dalam kes G6PD, enzim penting untuk melindungi sel darah merah pecah disebabkan proses oksidasi (proses menghasilkan oksigen dengan menggabungkan oksigen atau menyingkirkan hidrogen).

Justeru, kekurangan enzim berkenaan menyebabkan sel darah merah mudah pecah. Tahap keseriusan penyakit G6PD ini bergantung kepada tahap kekurangan enzim itu.

Bagaimana masalah ini dikesan?

Penyakit ini dapat dikesan melalui ujian darah sebaik saja seorang bayi itu dilahirkan. Ujian darah itu akan mengesan keberkesanan enzim berkenaan. Melakukan ujian darah sebaik saja dilahirkan sudah diamalkan di Malaysia sejak sekian lama. Ini kerana masalah G6PD kerap berlaku di Malaysia dan boleh menyebabkan masalah di kalangan bayi baru lahir.

Antara masalah yang mungkin timbul di kalangan bayi baru lahir adalah jaundis. Disebabkan kekurangan enzim itu, sel darah merah bayi mudah pecah. Ini menghasilkan kandungan bilirubin yang tinggi.
Kandungan bilirubin yang terlalu tinggi boleh menyebabkan keadaan toksik kepada otak. Jika tidak diubati boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi.

Oleh kerana kemungkinan masalah besar yang mungkin timbul kepada bayi yang mengalami G6PD, kebanyakan institusi perubatan akan menahan bayi berkenaan di wad sekurang-kurangnya lima hari sebelum dibenarkan pulang.

Selain itu, bayi G6PD ini juga boleh berhadapan keadaan dinamakan “acute hemolysis”, iaitu keadaan wujudnya sel darah merah pecah pada kuantiti terlalu banyak. Ini menyebabkan bayi itu berasa penat dan kelihatan pucat dengan tiba tiba. Simptom lain yang mungkin dialami adalah sakit perut, jaundis, kencing bertukar berwarna gelap dan sakit pinggang.

Keadaan ini berlaku disebabkan jangkitan, memakan kacang parang jenis “fava beans” ataupun memakan ubatan yang boleh meninggikan proses oksidasi. Bukan semua jenis jangkitan akan menyebabkan masalah itu. Sebaliknya jangkitan yang selalu dikaitkan dengan acute hemolysis adalah jangkitan oleh bakteria.
Banyak ubat-ubatan yang tidak dapat diambil oleh mereka yang mengalami masalah G6PD. Senarai ubatan ini panjang dan apa yang perlu dilakukan adalah selalu memberitahu doktor yang merawat anak mengenai masalah anak anda yang mengalami G6PD. Ini dapat mengelakkan mereka menggunakan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan komplikasi.

Di antara ubat-ubatan yang boleh membawa komplikasi

Ubat-ubatan penyakit malaria dan antibiotik yang mengandungi kandungan sulfur. Selain daripada ubat, kacang parang jenis “fava beans “ juga boleh menyebabkan oksidasi sel darah merah. Selain itu juga komplikasi G6PD juga dikaitkan dengan penggunaan ubat serangga.

Rawatan

Cara rawatan yang utama adalah mengelakkan daripada perkara yang boleh menyebabkan acute hemolysis seperti yang dinyatakan di atas. Kadangkala sel darah merah yang pecah secara keterlaluan menyebabkan bayi itu pucat. Ini mungkin memerlukan pemindahan darah. Perlu diingatkan juga, masalah G6PD ini disebabkan kekurangan penghasilan enzim dan ini adalah masalah yang akan kekal buat selamanya.

Sunday, November 28, 2010

Sekolah oh sekolah...

Zaman sekolah adalah satu zaman yang semua orang akan tempuhi...Di Malaysia kita akan mula bersekolah dari usia 5 tahun atau 6 tahun. Bermula di Tadika, pra sekolah seterusnya kita akan memasuki sekolah rendah iaitu darjah satu hingga darjah enam kemudian kita akan beralih ke sekolah menengah. Disekolah menengah kita akan bermula dari tingkatan satu hinggalah ke tingkatan 5.

Bagi yang mendapat keputusan yang baik semasa SPM akan melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi atau mengambil diploma dimana2 universiti. Bagi yang tidak dapat panggilan dari universiti akan menyambung pelajaran di peringkat PRA-universita atau nama glamornya PRA U atau pun tingkatan 6.

Ada pendapat sesetengah pihak memasuki tingakatan 6 adalah pilihan terakhir dan tidak glamor.Kebiasaannya orang akan memandang rendah pada mereka yang meneruskan pelajaran di tingkatan 6 kerana berpendapat tidak glamor dan perlu memakai uniform sekolah lagi. Tetapi pendapat saya tingkatan 6 adalah satu tahap untuk kita membuat persediaan sebelum melanjutkan pelajaran di peringakat ijazah. Ini kerana skop pelajaran dan sukatan pelajarannya lebih menjerumus kepada pembelajaran awal di peringkat universiti. Pembelajaran yang lebih santai dan rileks. Di peringkat PRA U pelajar2 boleh memberikan pendapat mereka tanpa sekatan. Cara guru mengajar juga lebih kepada kaedah berkawan berbanding pembelajaran yang lebih formal dan terikat. sebenarnya bermacam pendapat yang kita akan dengar tetapi pada saya zaman di ssekolah rendah menengah ataupun di zaman PRAU adalah satu memori dan pengalaman yang paling menyoronokkan dan sangat INDAHhhh....... jom kita zooommmmm gambar2 saya semasa di sekolah dulu-dulu........



di Tanjung MAs outing bersama rakan2 PRA U


jom picnik.....



kat sekolah selepas kelas tambahan....


Open House sempena Hari Raya...


semasa sekolah rendah...cuba teka yang mana saya...


Sempena Jamuan Perpisahan Tingkatan 5...


semasa mengikuti Rombongan PRAu ker parlimen....


semasa di Tingkatan 2.... Cuba cari mana saya...


Thursday, November 25, 2010

Mines wonderland......


cantik burung ni...


sangat sejukkkk....


hahahaha....


besarnya harimau...


air pancut...


abg, adan, adik dan saya


weeee...


di jambatan...


Antara gambar-gambar saya bercuti di Mines Wonderland.........

Bercuti dan cuti......


ladang teh



ladang stawberi...



Stawberi pArk Apartment



bunga.....



uda....dan aksinya



di Stawberi PArk Apartment



Ladang SAyur



Ladang Teh




Kilang Teh...



Keluarga saya.....


Melancong bersama keluarga sangat seronok dan meriah.Macam2 ragam yang berlaku...gambar di atas adalah sebahagian koleksi saya ketika bercuti bersama keluarga di Camaroon Hihgland....

Monday, November 22, 2010

Aku dan Hospital..

Anda semua pernah tak merasa duduk di hospital??? saya pernah mengalami mimpi ngeri selama 9 hari dimasukkan ke hospital Muar. Walaupun pengalaman ini dah 2 tahun berlalu tetapi masih segar diingatan saya.kenapa ye...kerana bila kita dimasukkan ke dalam hospital secara tiba-tiba emosi kita berubah. Pada kebiasaanya pesakit menjadi terlalu sensitif dan emosi pesakit mudah terusik. Tekanan yang dihadapi pesakit untuk menerima berita penyakit yang dihadapi, rutin harian yang berubah dan perubahan persekitaran menyumbang pesakit menjadi tertekan. Sokangan moral dari kaum keluarga amat diperlukan.


Pada malam saya di tahan di hospital, pihak hospital mengesahkan saya terkena demam denggi kerana tanda-tanda demam denggi seperti:
*demam yang berterusan selama seminggu
*hilang selera makan
*sakit otot
*batuk

tetapi, keesokkan harinya doktor sahkan saya mengidap Pneumonia. Rasa dunia saya gelap sangat. saya berubah menjadi sangat sensitif dan tidak mahu bercakap dengan semua orang termasuk jururawat serta pesakit di cubicle saya. Saya hanya bercakap dengan doktor dan keleuarga saya sahaja. Jika ader tetamu saya rela mendiamkan. Tetapi keesokkan harinya doktor kata saya mengidap penyakit lain pula. Doktor kata berkaitan peparu saya ada air plak. Akhir doktor sepakat nak buat minor surgery untuk ambil sample air dari paru2 saya... huhuhu sakit....

akhirnya doktor tak dapat sahkan penyakit saya, setelah 9 hari bertapa di hospital saya dibenarkan untuk keluar...weeeee sangat gembira. . walaupun asya mengalami tekanan yang hebat dan kesakitan tapi berjaya diatasi dengan semangat yang diberikan oleh ibu bapa, keluarga, sanak saudara serta teman2 saya... terharu atas keperihatian mereka semua.... TERIMA KASIH SEMUA.....

ni antara gambar-gambar saya ketika di hospital...weeeeeee


tag nama


masuk air sbb dah kurang gula dalam badan


adoiiii....


katil saya di hospital


peneman setia...novel


selepas buka


dah nak balikkkkk......


BELAJAR BUAT KEK

Setelah lama tak update blog ni hari ni aku semangat nak bercerita lagi. Kali ni kisah pertama kali aku belajar membuat kek coklat.....HAHAHA... walaupun tak berapa kemas tapi rasanyanya boleh tahan sedapppp weeeeee..... pasni nak belajar buat macam2 lagi kek...hehehehe ni la hasil kerja saya...





Thursday, July 22, 2010

Cuti dan Cuti.................


Lama dah aku tak update blog ni.... sebenarnya banyak benda yang aku nak cerita tapi sebab kengkagan waktu aku tak sempat nak update semua...... arini aku nak mulakan percutian tak dirancang ke Genting Highlan bersama Mucuk, Dean,Kamal gan Wana...weeeee sangat seronok walaupun Mucuk baru alik kerja tapi dia layan juga.... Jom kita explore gambar2 kami bercuti......

dalam perjalanan ker Genting....



dengan Mucuk nak ker outdoor park....



aksi spontan dari Mucuk and Dean





hanya bertiga yang berani...Aku, kamal dan Wana




menunggu giliran....




bersama Wana




hehehehe...cute tak




kamal n Wana...




happy always together....



habis sudah perjalanan yang memenatkan.....tetapi kami sangat gembira dan Gembira....terima Kasih semua....muah2..... love you all...